Wednesday 26 December 2012

Cara-cara Membersihkan Hati


Cne ad bbrpe cre nk bersih kn atie...tw kn...stiap kali lkukn mksiat...1 tompok itam akn mwrnai atie kte...so..kte kne la jge atie kte...bsih kn ia...agr...mnjd muslimin n muslimat yg taat pada prntah Allah swt...insyaALLAH...diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."    
  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X.
  • Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
  • Kekalkan wuduk.
  • Bersedekah.
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
  • Berkawan dengan ulama.
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  • Pesan pada orang, jadi baik.
  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

No comments:

Post a Comment