Wednesday 31 October 2012

Doa Seorang Kekasih Lirik


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Saturday 27 October 2012

4 Nasihat Rasulullah SAW kpd Istrinya tercinta Siti Ai’syah Radliyallahu Anha… :


Ya Ai’syah…. Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENGHATAMKAN AL-QUR’AN….

Ya Ai’syah…. Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN SYAFAAT DARI PARA RASUL dan NABI….

Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN REDHA dari SELURUH KAUM MUSLIMIN….

Dan jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN PAHALA UMRAH DAN HAJI …..

Siti Ai’syah lalu bertanya kpd Rasulullah SAW,
Ya Rasulullah… Bagaimana caranya agar saya boleh mendptkan 4 fadhilat tersebut dlm satu mlm?

Dpt MENGKHATAMKAN AL-QUR’AN, MENDAPATKAN SYAFAAT DARI PARA RASUL dan NABI, MENDAPATKAN REDHA dari SELURUH KAUM MUSLIMIN dan boleh MENDAPATKAN PAHALA UMRAH DAN HAJI?

Rasulullah SAW tersenyum lalu menjwb…

Ya Ai’syah…. yg kumaksud dgn : Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENGKHATAMKAN AL-QUR’AN adalah : Jgnlah engkau tidur dmlm hari SEBELUM MEMBACA SURAH AL-IKHLAS 3 KALI….Kerana bila engkau membaca Surah Al-Ikhlas 3X sebelum tidur, itu sama halnya engkau membaca seluruh Al-Qur’an.

Ya Ai’syah…. yg ku maksud dgn : Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN SYAFAAT DARI PARA RASUL dan NABI adalah ; Jgnlah engkau tidur dmlm hari SEBELUM MEMBACA SELAWAT bukan hanya kpdku tapi juga kpd para Nabi dan Rasul… “Allahumma shalli ‘ala Saydina Muhammadin… wa’ala Sya-iril Ambiyaa wal Mursaliin, wa ‘ala alihim wa shohbihim ajma’in” (Ertinya Ya Allah Selawat dan Salam kpd Nabi Muhammad, dan kpd seluruh para Nabi dan Rasul, serta kpd keluarga-keluarga mereka dan sahabat-sahabat mereka).

Jgnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN REDHA dari SELURUH KAUM MUSLIMIN, adalah dgn cara memohon AMPUN kpd ALLAH atas segala dosa2mu dan dosa2 seluruh Kaum Muslimin. Iaitu dgn sentiasa membaca ” Robbighfirli…wali walidayya…waliman haqqun alayya.. wali jami’il muslimin wal muslimat… wal mu’miniin wal mu’minat… al ahya’i wal amwaat…” (ertinya Ya Tuhan kami ampuni aku, ampuni kedua orang tuaku dan siapa2 yg memiliki nasab keturunannya, dan kpd seluruh muslimin dan muslimat, dan mu’minin dan mu’minat… baik yg masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia.

Yg ke empat, jgnnlah engkau tidur dmlm hari sebelum engkau MENDAPATKAN PAHALA UMRAH DAN HAJI, iaitu dgn sentiasa membaca Tasbih, Tahmid, Tahlil, dan Takbir… ” Subhanallah.. wal hamdulillah, Wala ilaha illallah Huwallahu Akbar” (ertinya Maha Suci Allah… Segala Puji bagi Allah, Tiada lain yg kusembah kecuali Allah, Allah yang Maha Besar).




Borang Pengesahan Tidak Bekerja PTPTN

Haaa.....skunk pljar u sibuk mencari borang pengesahan tidak bekerja...n sy bru je paz serah borg pmhonan ptptn...tp 2 la kn...bkn men sush ag nk cri borang pengesahan x bkerja ibu...jd......sy pon ambik 1 inisiatif...wat borg ney...tp bpndukan pd borg yg ambik kt HEPA la..hex3..so...ney la hsil nye...

BORANG PENGESAHAN TIDAK BEKERJA PENJAGA

NAMA PELAJAR                 :  
NO. KAD PENGENALAN   :
NO MATRIK                        :
NAMA INSTITUSI              :   

KEPADA:  Ketua Eksekutif
                    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
                    Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma  Chase Perdana,
                    Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
                    50490 Kuala Lumpur.

Penjaga

NAMA : …………………………………………………………………………………....

NO.K/P : ……………………………………………………………………………………

PERTALIAN : ……………………………………………………………………………..

PEKERJAAN : …………………………………………………………………………….

Dengan ini saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas adalah benar menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
     
      
         ……………………………………..
         (                                                       )
                    Tandatangan


PENGESAHAN *

    ……………………………
(                                               )
Tandatangan, nama serta cop jawatan
dan jabatan pegawai yang mengesahkan.

ha...sape2 yg nak...leh la download cne yer.. :) PTPTN xkn reject pnyer.. :) cz sy pnyer pon die accept.. :D 
*dah dowload jgn lpe follow slide share sy 2 yer... :) ^_^

Friday 26 October 2012

Fadhilat Berkorban

  •         Keampunan

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
  • ·        Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • ·        Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala

‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
  • ·        Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak


Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)
  • ·        Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)