- Keampunan
Titisan darah qurban yang
pertama adalah
merupakan pengampunan
bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu
sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin
Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada
Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya:
“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia,
sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan
bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis
riwayat al-Hakim)
- · Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan
Zaid bin
Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya:
“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai
Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah
sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya
wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka
berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai
bulu satu kebajikan.”
(Hadis
riwayat Ibnu Majah)
- · Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala
‘A’isyah
radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang
lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya
binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi
pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi.
Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis
riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
- · Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak
Sabda Nabi
Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana
ia menjadi
tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan
sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan
sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya
korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya
kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(al-Hajj : 36-37)
- · Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya
Daripada Abu
Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang
ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir
bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)
suzie ! like3
ReplyDeletehex3...sje je ney...kteowg wajib wat blog...so...2 try wat ney...msih byk yg plu bljr...:)
ReplyDelete